Website kami untuk rujukan anda....

Monday 22 August 2011

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sedar tak sedar, hari ni dah 22 hari kita berpuasa. Tak terasa pun lapar dan dahaga selama dah hampir sebulan berpuasa. Ini mungkin hikmatnya kerana selalu berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi sahabat-sahabat yang liat untuk berpuasa tu, insaf-insaflah... Umur dari sehari ke sehari bertambah lanjut. Sampai bila kita nak tuang puasa? Macammana nak rasa nikmat berpuasa kalau macam tu? Sedih jugak bila terfikirkan bulan Ramadhan dah nak berlalu. Bukannya apa, sebab Ramadhan la kita boleh solat berjemaah lebih sedikit. Bangun sahur boleh terus solat subuh, zohor dan asar juga boleh berjemaah sebab tak sibuk nak rehat dan keluar makan tengah hari. Isyak pun boleh solat jemaah jugak sebab dah sekali dengan solat Terawih.

Bagi sahabat-sahabat terutamanya Bikers-bikers yang akan pulang beraya ke kampung dengan menunggang motorsikal, kami amat berharap anda semua lebih berhati-hati semasa di jalan raya. Jangan ikut perasaan tapi ikutlah undang-undang jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat...

Untuk pengetahuan semua, kami akan menutup operasi perniagaan kami mulai 26/8/2011 dan akan dibuka semula pada 3/9/2011. Sesungguhnya bulan ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi kami kerana banyak permohonan daripada pelanggan diterima samada untuk membeli motorsikal baru ataupun terpakai. Masih ada lagi motor yang belum diserahkan kepada pelanggan. InsyaAllah, dalam baki 3 hari sebelum bercuti ni akan diserahkan semuanya.

Akhir kata daripada kami, Selamat menjalankan ibadat puasa dengan sesempurnanya dan Selamat Hari Raya Aidilfitir kepada anda semua, mohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa semasa melayan kedatangan anda di kedai kami atau sebagainya. Kami mengalu-alukan pandangan, komen, teguran atau nasihat daripada anda semua demi kebaikan perniagaan kami dari masa ke semasa. Kami telah cuba sedaya upaya kami untuk menjalankan perniagaan ini dengan seikhlas-ikhlasnya demi kemajuan agama dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan berkat daripada Allah s.w.t dan sokongan anda semua, kami mampu untuk menempuhinya.

Salam Ramadhan untuk semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jumpa lagi selepas raya. Bye.... Wassalam.