Awal bulan Mac 2012 yang lalu, Motorsikal dan Enjin Nasional ataupun ringkasnya Modenas telah melancarkan motorsikal model serba baru yang diberi nama Ace 115. Kalau diperhatikan rekabentuk motorsikal ini sememangnya lain dari yang lain jika dibandingkan dengan motorsikal2 yang terdapat di pasaran masa kini.
Kami masih lagi menunggu motorsikal ini sampai ke kedai kami. InsyaAllah jika sampai nanti, kami akan war-warkan kepada semua terutamanya melalui fb kami. Tunggu ya..
Antara keistimewaan motor ini yang sebagaimana dinyatakan oleh Modenas dalam katalog Ace 115 ini ialah:
- Sistem kunci 3 dalam 1.
- Tangki minyak yang lebih besar iaitu 5.3liter. Dengan isian penuh tangki ini, perjalanan boleh sampai sehingga 244km. Modenas menyatakan bahawa dengan 1 liter petrol, motor ini boleh berjalan sejauh 46.1km. Maknanya kos petrol per km = 0.04sen. Agak jimat penggunaan petrol motor ini.
- Fender belakang (mudguard) yang labuh.
- Ekzos bergaya semacam motor 4 stroke yang lain jugak.
- Lampu hadapan yang besar dan terang.
- Sistem monoshock belakang bagi menjamin kestabilan semasa 'corner' baring.
- Tempat duduk 2 tona warna.
- Lampu belakang yang bergaya.
Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Fire Bricks (Merah Bata) macam gambar di atas dan Sand White (Putih Pasir). Jangkaan kami warna yang akan top ialah warna Fire Bricks. Nampak kemas dan mengancam.
Antara spesifikasi lain yang perlu anda tahu ialah:
- Enjin jenis 4 lejang, SOHC, silinder tunggal.
- Kapasiti minyak enjin : 1.1 liter. Macammana ni? Satu botol 4T cuma 1.0 liter saja. Takkan nak kena beli 2 botol untuk tambah lagi 0.1 liter tu kot? Ini nak kena tanya Modenas. Cukup tak kalau guna cuma 1.0 liter sahaja? Boleh kot... Jangan hancur enjin sudah..
- Brek hadapan jenis disk dan belakang jenis drum.
- Transmisi 4 kelajuan dengan sistem gear berputar.
Ada sesiapa tak yang telah mempunyai motor ini? atau pernah tunggang yang kawan2 punya? Boleh le komen atau cerita sikit kat bawah ini untuk renungan bersama2.
Terima kasih kerana sudi membaca.