Website kami untuk rujukan anda....

Sunday 12 August 2012

Selamat Balik Kampung Untuk Beraya..........

Hari ni dah 12 hb Ogos 2012. Lebih kurang seminggu lagi Umat Islam di Malaysia dijangkakan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kami jangkakan bermula minggu ini, jalan raya-jalan raya di seluruh Malaysia akan mulai sesak dengan kenderaan samada untuk keluar shopping raya atau balik ke kampung halaman.

Mulai semalam jugak PDRM melancarkan Ops Selamat (bagi menggantikan Ops Sikap yang diadakan pada tahun-tahun yang lepas). Ops Selamat ini bunyinya lebih lembut sikit jika dibandingkan dengan Ops Sikap yang bunyinya lebih tegas. Ops Selamat juga diharapkan PDRM lebih berusaha kearah mendidik pemandu2 kenderaan di Malaysia ni. Harapnya jugak speed trap point tu tak perlulah sebanyak apa yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. InsyaAllah, perbelanjaan untuk ops tahun ni akan dapat dijimatkan. Walaubagaimanapun, harap2 kadar kemalangan juga berkurangan. Barulah betul. PDRM kenalah fikirkan apa program yang efisen bagi mendidik pemandu2 ni. Jangan ingat nak saman aje.

Rempit trend terkini? Jangan amalkan semasa konvoi. - gambar hiasan. 

Bagi penunggang2 motorsikal semua, ingatlah bahawa kita seperti tembikai. Kalau kemalangan, kita sememangnya akan jadi mangsa walaupun kita ni betul dari segi undang-undang. Bagi pemandu kenderaan2 yang lebih besar tu, prihatinlah dengan kewujudan motorsikal2 di sekeliling anda tu. Kalau motorsikal berkuasa tinggi tu mungkin senang perasan sebab lampu headlightnya besar tapi kalau cub yang kecik2 ni... alahai.... kekadang pemandu kenderaan besar2 ni tak ambik kisah pun kan? Betul tak? Janganlah macam tu Bro... Kami pun manusia jugak, ada hati dan perasaan. Ada keluarga yang sedang menunggu kepulangan kami. So please..... respect each other ok.

Siapa pun cuai, kitalah yang menjadi mangsa - gambar hiasan.

Kepada sahabat2 yang berniat untuk konvoi tu.... ingatlah pesan kami. Konvoi tu memang bagus dan seronok kalau kena caranya. Kalau sahabat2 mempunyai rakan konvoi yang ramai yang lebih daripada 5 orang, seeloknya pecahkan kepada 2 kumpulan. Lantik leader konvoi. Rancang betul2 jalan yang akan dilalui dan tempat mana yang akan singgah untuk berehat. Tempoh masa paling lama untuk menunggang ialah 3 jam. Jangan lebih 3 jam baru nak berhenti rehat. Badan dan fikiran menjadi terlalu letih. Apabila berhenti rehat plak, jangan tergopoh2 untuk makan minum dan solat. Fikiran perlu tenang untuk memulakan perjalanan semula. Tenaga perlu di caj semula untuk perjalanan seterusnya.

Konvoi yang lengkap dan selamat - gambar hiasan.


Semasa konvoi pula jangan berlumba sesama sendiri, jangan menunggang dengan cara beriringan. Bagi ruang kepada kenderaan2 lain memotong kita. Menunggang mestilah dalam lurusan dan jarakkan antara satu sama lain dalam jarak yang selamat andainya orang dihadapan terjatuh atau sebagainya. Pakaian amat penting semasa konvoi. Seeloknya pakai safety vest. Lampu hadapan wajib berfungsi dan nyala. Inilah satu2nya alat pada motorsikal kita yang mampu menarik perhatian kenderaan2 lain tentang kehadiran kita berhampiran mereka.

Konvoi motorsikal yang tak teratur - gambar hiasan.

Satu lagi pesanan kami, ambiklah insuran Personal Accident (P.A). P.A insuran ni melindungi penunggang2 daripada gantirugi kemalangan. Hanya beberapa ringgit sahaja premiumnya. Insuran yang ada dengan cukai jalan motor tu hanyalah melindungi kerugian pada kenderaan kemalangan sahaja ye. Jangan salah faham plak.

Oklah, apa2 pun selamat balik kampung. Semoga selamat sampai ke kampung halaman masing2. Bye.     

Sunday 25 March 2012

Modenas Ace 115 - Evolusi Impian


Awal bulan Mac 2012 yang lalu, Motorsikal dan Enjin Nasional ataupun ringkasnya Modenas telah melancarkan motorsikal model serba baru yang diberi nama Ace 115. Kalau diperhatikan rekabentuk motorsikal ini sememangnya lain dari yang lain jika dibandingkan dengan motorsikal2 yang terdapat di pasaran masa kini.

Kami masih lagi menunggu motorsikal ini sampai ke kedai kami. InsyaAllah jika sampai nanti, kami akan war-warkan kepada semua terutamanya melalui fb kami. Tunggu ya..

Antara keistimewaan motor ini yang sebagaimana dinyatakan oleh Modenas dalam katalog Ace 115 ini ialah:
  1. Sistem kunci 3 dalam 1.
  2. Tangki minyak yang lebih besar iaitu 5.3liter. Dengan isian penuh tangki ini, perjalanan boleh sampai sehingga 244km. Modenas menyatakan bahawa dengan 1 liter petrol, motor ini boleh berjalan sejauh 46.1km. Maknanya kos petrol per km = 0.04sen. Agak jimat penggunaan petrol motor ini. 
  3. Fender belakang (mudguard) yang labuh.
  4. Ekzos bergaya semacam motor 4 stroke yang lain jugak.
  5. Lampu hadapan yang besar dan terang.
  6. Sistem monoshock belakang bagi menjamin kestabilan semasa 'corner' baring.
  7. Tempat duduk 2 tona warna.
  8. Lampu belakang yang bergaya.
Dalam pemilihan motorsikal, item no.2 dan no.6 biasanya yang perlu diberi perhatian. Memang kredit boleh diberikan kepada Modenas Ace 115 ini kerana mempunyai spesifikasi yang diharapkan.

Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Fire Bricks (Merah Bata) macam gambar di atas dan Sand White (Putih Pasir). Jangkaan kami warna yang akan top ialah warna Fire Bricks. Nampak kemas dan mengancam.

Antara spesifikasi lain yang perlu anda tahu ialah:

  1. Enjin jenis 4 lejang, SOHC, silinder tunggal.
  2. Kapasiti minyak enjin : 1.1 liter. Macammana ni? Satu botol 4T cuma 1.0 liter saja. Takkan nak kena beli 2 botol untuk tambah lagi 0.1 liter tu kot? Ini nak kena tanya Modenas. Cukup tak kalau guna cuma 1.0 liter sahaja? Boleh kot... Jangan hancur enjin sudah..
  3. Brek hadapan jenis disk dan belakang jenis drum.
  4. Transmisi 4 kelajuan dengan sistem gear berputar.
 So, macammana? Rasanya bolehlah dipertimbangkan sebagai motorsikal pilihan nanti ye. Oh ye... Harga yang kami tawarkan untuk belian tunai ialah RM5000 otr. Kalau belian ansuran dengan Aeon, Bayar muka RM560 Bulanan RM165 selama 4 tahun. Berminat? Boleh le submit dokumen2 yang diperlukan kepada kami.

Ada sesiapa tak yang telah mempunyai motor ini? atau pernah tunggang yang kawan2 punya? Boleh le komen atau cerita sikit kat bawah ini untuk renungan bersama2.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday 27 November 2011

Kami telah dilantik sebagai Agen Insuran Am......

Salam kepada semua...

Post kali ini dengan sukacitanya adalah untuk memaklumkan kepada semua bahawa kami telah dilantik sebagai agen insuran am kepada Kurnia Insurans (M) Berhad. Demi menambah nilai perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami semua, kami kini telah berjaya menjadi agen berdaftar kepada syarikat insuran yang tersebut di atas. Walaubagaimana pun pendaftaran telah dibuat atas nama anak syarikat kami iaitu Tuah Niaga Agency. Nombor telefon dan alamat adalah sama dengan BKZ Bikerz @ Two One Bikerz Sales.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kami sebagai agen insuran am ialah:

A. Insuran motor:
1. Pembaharuan insuran dan cukai jalan kenderaan,
2. Pendaftaran kenderaan baru,
3. Insuran Pihak Ketiga,
4. Insuran Kebakaran atau Kecurian,
5. Perlindungan komprehensif,

B. Insuran Empunya Rumah / Isi Rumah:
1. Polisi kebakaran asas (memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang diinsurankan). 2. Polisi Empunya Rumah ( tambahan kepada polisi kebakaran, melindungi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain),
3. Polisi isi rumah ( melindungi barang2 isi rumah anda serta melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsurankan).

C. Insuran Kemalangan Diri :
1. Mati akibat kemalangan,
2. Hilang upaya kekal,
3. Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa,
4. Belanja perubatan, pembedahan pembetulan, manafaat masuk hospital,
5. Belanja pengebumian.

D. Insuran perubatan dan kesihatan:
1. Insuran hospital dan pembedahan,
2. Penyakit kritikal,
3. Pendapatan akibat hilang upaya,
4. Insuran pendapatan hospital.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari dan menjadi rakan kami di www.facebook.com/tuahniagaagency atau telefon 09-6975678.

Terima kasih..

Thursday 20 October 2011

Harga Baru Motorsikal Ansuran Daripada Aeon Credit....

Effective pada 21hb.Oktober 2011, semua model motorsikal yang dibaiayai oleh Aeon Credit akan mengalami sedikit kenaikan harga pada jumlah maksima pembiayaan. Maknanya harga naik le tu... Tetapi setakat post ini ditulis, harga tunai masih kekal lagi (tak tau la kot kejap lagi naik jugak....).

Walaubagaimanapun..... ada berita gembiranya jugak... iaitu bayaran muka untuk kebanyakan model motorsikal yang dibiayai oleh Aeon Credit telah diturunkan. Maknanya muka turun, harga total naik jadi bulanan pun naik le sikit...

Contoh model2 motorsikal yang famous yang diturunkan harga muka ialah EX5 Dream kick turun dari RM550 kepada RM470. EX5 Dream starter turun dari RM600 kepada RM500 sahaja. Yamaha 135 LC Baru turun dari RM1050 kepada RM720 sahaja. Yamaha FZ150i turun dari RM1300 kepada RM910 sahaja.

Untuk lain2 model sila contact Nurul di talian 6975677 / 5678 ye. Ok le tu....   

Penghantaran Motorsikal Untuk Belian Tunai...

Sebagai menghargai pelanggan-pelanggan kami, kami telah mengadakan perkhidmatan penghantaran motorsikal ke rumah anda. Tetapi buat masa kini kami cuma mengadakan perkhidmatan penghantaran ini untuk belian secara tunai sahaja. Pelanggan yang membeli motorsikal secara ansuran (loan) perlulah datang ke kedai kami untuk mengambil motor yang dibeli. InsyaAllah, di masa hadapan akan disediakan jugak servis penghantaran ini untuk pelanggan yang membeli secara ansuran jugak.

Langkah menyediakan khidmat penghantaran motorsikal ini adalah kerana kami sedar bahawa sesetengah pelanggan menghadapi kesukaran untuk datang mengambil motorsikal sendiri yang mana perlu ajak orang lain datang ke kedai untuk jadi penunggang, ada juga yang datang dengan bas, ada juga yang terpaksa angkut habis anak-anak kecil untuk datang ke kedai kami dan lain-lain masalah yang kami rasa boleh selesai dengan khidmat penghantaran ini.

Perkhidmatan ini dikhususkan kepada pembeli tunai juga sebab pembeli tunai tidak perlu untuk tandatangan sebarang agreement jual beli, tak ada nak sign borang2 JPJ dan lain2 borang lagi. Pembeli tunai hanya akan terima motor lengkap dengan geran sahaja.

Jadi, kepada sesiapa yang berhasrat untuk membeli motorsikal secara tunai dengan kami, anda perlu lakukan langkah2 berikut:
1. Call 6975678 / 5677 dan cornfirmkan harga motorsikal yang ingin dibeli,
2. Faxkan salinan k/p dan slip bayaran 50% ke 6975677 atau scan dan email ke bikerzjerteh@gmail.com,
3. Dengan bayaran sebanyak 50% tersebut, kami akan daftarkan motor baru dan hantarkan ke tempat anda,
4. Anda bayar baki 50% dan terima motorsikal serta geran di tempat anda sendiri.

Senang, memang senang. Tak perlu nak fikir bila masa free dan keadaan cuaca untuk datang ambik motor di kedai kami.

Sukacita jugak nak maklumkan bahawa penghantaran ini khas untuk pelanggan yang berada di Daerah Besut dan daerah2 sekitarnya sahaja.

Ini le kenderaan yang akan hantar motor anda tu.

Sekian, terima kasih.  

Monday 3 October 2011

Untuk Dijual - Motorsikal Terpakai Dibaikpulih

Untuk makluman semua, kami di Bikerz Jerteh juga menjual motorsikal terpakai yang telah dimakeover (dibaikpulih) disamping pelbagai jenama motorsikal baru.

Anda boleh memiliki motorsikal terpakai ini samada secara tunai ataupun secara ansuran. Secara ansuran hanya dengan kami.

Di bawah ini adalah antara foto-foto motorsikal terpakai yang telah selesai dibaikpulih dan sedia untuk dijual:


Yamaha Nouvo S tahun 2007. Harga Tunai RM4200.00. Belian ansuran, d/p RM1500.00 ansuran sehingga 3 tahun.



Modenas Kristar tahun 2005. Harga tunai RM2800.00. Belian ansuran d/p RM800.00.



Modenas Kriss 120. Tahun 1999. Harga Tunai RM2800.00. Belian ansuran d/p RM800.00



Modenas Kriss 110. Harga Tunai RM2700.00. Belian ansuran d/p RM800.00.


Kemudahan ansuran untuk motorsikal terpakai ini disediakan maksima sehingga 3 tahun. Dengan bayaran bulanan yang rendah, semua orang mampu memiliki motorsikal dengan kami. Banyak unit lagi yang terdapat dikedai kami. Sudi-sudikanlah untuk datang dan pilihlah yang berkenan di hati....

Monday 22 August 2011

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sedar tak sedar, hari ni dah 22 hari kita berpuasa. Tak terasa pun lapar dan dahaga selama dah hampir sebulan berpuasa. Ini mungkin hikmatnya kerana selalu berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi sahabat-sahabat yang liat untuk berpuasa tu, insaf-insaflah... Umur dari sehari ke sehari bertambah lanjut. Sampai bila kita nak tuang puasa? Macammana nak rasa nikmat berpuasa kalau macam tu? Sedih jugak bila terfikirkan bulan Ramadhan dah nak berlalu. Bukannya apa, sebab Ramadhan la kita boleh solat berjemaah lebih sedikit. Bangun sahur boleh terus solat subuh, zohor dan asar juga boleh berjemaah sebab tak sibuk nak rehat dan keluar makan tengah hari. Isyak pun boleh solat jemaah jugak sebab dah sekali dengan solat Terawih.

Bagi sahabat-sahabat terutamanya Bikers-bikers yang akan pulang beraya ke kampung dengan menunggang motorsikal, kami amat berharap anda semua lebih berhati-hati semasa di jalan raya. Jangan ikut perasaan tapi ikutlah undang-undang jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat...

Untuk pengetahuan semua, kami akan menutup operasi perniagaan kami mulai 26/8/2011 dan akan dibuka semula pada 3/9/2011. Sesungguhnya bulan ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi kami kerana banyak permohonan daripada pelanggan diterima samada untuk membeli motorsikal baru ataupun terpakai. Masih ada lagi motor yang belum diserahkan kepada pelanggan. InsyaAllah, dalam baki 3 hari sebelum bercuti ni akan diserahkan semuanya.

Akhir kata daripada kami, Selamat menjalankan ibadat puasa dengan sesempurnanya dan Selamat Hari Raya Aidilfitir kepada anda semua, mohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa semasa melayan kedatangan anda di kedai kami atau sebagainya. Kami mengalu-alukan pandangan, komen, teguran atau nasihat daripada anda semua demi kebaikan perniagaan kami dari masa ke semasa. Kami telah cuba sedaya upaya kami untuk menjalankan perniagaan ini dengan seikhlas-ikhlasnya demi kemajuan agama dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan berkat daripada Allah s.w.t dan sokongan anda semua, kami mampu untuk menempuhinya.

Salam Ramadhan untuk semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jumpa lagi selepas raya. Bye.... Wassalam.