Website kami untuk rujukan anda....

Sunday 27 November 2011

Kami telah dilantik sebagai Agen Insuran Am......

Salam kepada semua...

Post kali ini dengan sukacitanya adalah untuk memaklumkan kepada semua bahawa kami telah dilantik sebagai agen insuran am kepada Kurnia Insurans (M) Berhad. Demi menambah nilai perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami semua, kami kini telah berjaya menjadi agen berdaftar kepada syarikat insuran yang tersebut di atas. Walaubagaimana pun pendaftaran telah dibuat atas nama anak syarikat kami iaitu Tuah Niaga Agency. Nombor telefon dan alamat adalah sama dengan BKZ Bikerz @ Two One Bikerz Sales.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kami sebagai agen insuran am ialah:

A. Insuran motor:
1. Pembaharuan insuran dan cukai jalan kenderaan,
2. Pendaftaran kenderaan baru,
3. Insuran Pihak Ketiga,
4. Insuran Kebakaran atau Kecurian,
5. Perlindungan komprehensif,

B. Insuran Empunya Rumah / Isi Rumah:
1. Polisi kebakaran asas (memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang diinsurankan). 2. Polisi Empunya Rumah ( tambahan kepada polisi kebakaran, melindungi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain),
3. Polisi isi rumah ( melindungi barang2 isi rumah anda serta melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsurankan).

C. Insuran Kemalangan Diri :
1. Mati akibat kemalangan,
2. Hilang upaya kekal,
3. Hilang upaya sementara menyeluruh atau separa,
4. Belanja perubatan, pembedahan pembetulan, manafaat masuk hospital,
5. Belanja pengebumian.

D. Insuran perubatan dan kesihatan:
1. Insuran hospital dan pembedahan,
2. Penyakit kritikal,
3. Pendapatan akibat hilang upaya,
4. Insuran pendapatan hospital.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari dan menjadi rakan kami di www.facebook.com/tuahniagaagency atau telefon 09-6975678.

Terima kasih..

Thursday 20 October 2011

Harga Baru Motorsikal Ansuran Daripada Aeon Credit....

Effective pada 21hb.Oktober 2011, semua model motorsikal yang dibaiayai oleh Aeon Credit akan mengalami sedikit kenaikan harga pada jumlah maksima pembiayaan. Maknanya harga naik le tu... Tetapi setakat post ini ditulis, harga tunai masih kekal lagi (tak tau la kot kejap lagi naik jugak....).

Walaubagaimanapun..... ada berita gembiranya jugak... iaitu bayaran muka untuk kebanyakan model motorsikal yang dibiayai oleh Aeon Credit telah diturunkan. Maknanya muka turun, harga total naik jadi bulanan pun naik le sikit...

Contoh model2 motorsikal yang famous yang diturunkan harga muka ialah EX5 Dream kick turun dari RM550 kepada RM470. EX5 Dream starter turun dari RM600 kepada RM500 sahaja. Yamaha 135 LC Baru turun dari RM1050 kepada RM720 sahaja. Yamaha FZ150i turun dari RM1300 kepada RM910 sahaja.

Untuk lain2 model sila contact Nurul di talian 6975677 / 5678 ye. Ok le tu....   

Penghantaran Motorsikal Untuk Belian Tunai...

Sebagai menghargai pelanggan-pelanggan kami, kami telah mengadakan perkhidmatan penghantaran motorsikal ke rumah anda. Tetapi buat masa kini kami cuma mengadakan perkhidmatan penghantaran ini untuk belian secara tunai sahaja. Pelanggan yang membeli motorsikal secara ansuran (loan) perlulah datang ke kedai kami untuk mengambil motor yang dibeli. InsyaAllah, di masa hadapan akan disediakan jugak servis penghantaran ini untuk pelanggan yang membeli secara ansuran jugak.

Langkah menyediakan khidmat penghantaran motorsikal ini adalah kerana kami sedar bahawa sesetengah pelanggan menghadapi kesukaran untuk datang mengambil motorsikal sendiri yang mana perlu ajak orang lain datang ke kedai untuk jadi penunggang, ada juga yang datang dengan bas, ada juga yang terpaksa angkut habis anak-anak kecil untuk datang ke kedai kami dan lain-lain masalah yang kami rasa boleh selesai dengan khidmat penghantaran ini.

Perkhidmatan ini dikhususkan kepada pembeli tunai juga sebab pembeli tunai tidak perlu untuk tandatangan sebarang agreement jual beli, tak ada nak sign borang2 JPJ dan lain2 borang lagi. Pembeli tunai hanya akan terima motor lengkap dengan geran sahaja.

Jadi, kepada sesiapa yang berhasrat untuk membeli motorsikal secara tunai dengan kami, anda perlu lakukan langkah2 berikut:
1. Call 6975678 / 5677 dan cornfirmkan harga motorsikal yang ingin dibeli,
2. Faxkan salinan k/p dan slip bayaran 50% ke 6975677 atau scan dan email ke bikerzjerteh@gmail.com,
3. Dengan bayaran sebanyak 50% tersebut, kami akan daftarkan motor baru dan hantarkan ke tempat anda,
4. Anda bayar baki 50% dan terima motorsikal serta geran di tempat anda sendiri.

Senang, memang senang. Tak perlu nak fikir bila masa free dan keadaan cuaca untuk datang ambik motor di kedai kami.

Sukacita jugak nak maklumkan bahawa penghantaran ini khas untuk pelanggan yang berada di Daerah Besut dan daerah2 sekitarnya sahaja.

Ini le kenderaan yang akan hantar motor anda tu.

Sekian, terima kasih.  

Monday 3 October 2011

Untuk Dijual - Motorsikal Terpakai Dibaikpulih

Untuk makluman semua, kami di Bikerz Jerteh juga menjual motorsikal terpakai yang telah dimakeover (dibaikpulih) disamping pelbagai jenama motorsikal baru.

Anda boleh memiliki motorsikal terpakai ini samada secara tunai ataupun secara ansuran. Secara ansuran hanya dengan kami.

Di bawah ini adalah antara foto-foto motorsikal terpakai yang telah selesai dibaikpulih dan sedia untuk dijual:


Yamaha Nouvo S tahun 2007. Harga Tunai RM4200.00. Belian ansuran, d/p RM1500.00 ansuran sehingga 3 tahun.



Modenas Kristar tahun 2005. Harga tunai RM2800.00. Belian ansuran d/p RM800.00.



Modenas Kriss 120. Tahun 1999. Harga Tunai RM2800.00. Belian ansuran d/p RM800.00



Modenas Kriss 110. Harga Tunai RM2700.00. Belian ansuran d/p RM800.00.


Kemudahan ansuran untuk motorsikal terpakai ini disediakan maksima sehingga 3 tahun. Dengan bayaran bulanan yang rendah, semua orang mampu memiliki motorsikal dengan kami. Banyak unit lagi yang terdapat dikedai kami. Sudi-sudikanlah untuk datang dan pilihlah yang berkenan di hati....

Monday 22 August 2011

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sedar tak sedar, hari ni dah 22 hari kita berpuasa. Tak terasa pun lapar dan dahaga selama dah hampir sebulan berpuasa. Ini mungkin hikmatnya kerana selalu berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi sahabat-sahabat yang liat untuk berpuasa tu, insaf-insaflah... Umur dari sehari ke sehari bertambah lanjut. Sampai bila kita nak tuang puasa? Macammana nak rasa nikmat berpuasa kalau macam tu? Sedih jugak bila terfikirkan bulan Ramadhan dah nak berlalu. Bukannya apa, sebab Ramadhan la kita boleh solat berjemaah lebih sedikit. Bangun sahur boleh terus solat subuh, zohor dan asar juga boleh berjemaah sebab tak sibuk nak rehat dan keluar makan tengah hari. Isyak pun boleh solat jemaah jugak sebab dah sekali dengan solat Terawih.

Bagi sahabat-sahabat terutamanya Bikers-bikers yang akan pulang beraya ke kampung dengan menunggang motorsikal, kami amat berharap anda semua lebih berhati-hati semasa di jalan raya. Jangan ikut perasaan tapi ikutlah undang-undang jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat...

Untuk pengetahuan semua, kami akan menutup operasi perniagaan kami mulai 26/8/2011 dan akan dibuka semula pada 3/9/2011. Sesungguhnya bulan ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi kami kerana banyak permohonan daripada pelanggan diterima samada untuk membeli motorsikal baru ataupun terpakai. Masih ada lagi motor yang belum diserahkan kepada pelanggan. InsyaAllah, dalam baki 3 hari sebelum bercuti ni akan diserahkan semuanya.

Akhir kata daripada kami, Selamat menjalankan ibadat puasa dengan sesempurnanya dan Selamat Hari Raya Aidilfitir kepada anda semua, mohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa semasa melayan kedatangan anda di kedai kami atau sebagainya. Kami mengalu-alukan pandangan, komen, teguran atau nasihat daripada anda semua demi kebaikan perniagaan kami dari masa ke semasa. Kami telah cuba sedaya upaya kami untuk menjalankan perniagaan ini dengan seikhlas-ikhlasnya demi kemajuan agama dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan berkat daripada Allah s.w.t dan sokongan anda semua, kami mampu untuk menempuhinya.

Salam Ramadhan untuk semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jumpa lagi selepas raya. Bye.... Wassalam.

Thursday 14 July 2011

Peraturan Baru JPJ - Pendaftaran Hak Milik

Salam...

Sape kat luar sana biasa berurusan dengan JPJ? Sekarang ni iaitu bermula awal Julai 2011 yang lalu, JPJ telah menguatkuasakan undang-undang atau peraturan yang mana setiap borang JPJ-K1 perlulah mempunyai tandatangan dan cap jari pemilik asal kenderaan dan juga pemilik baru kenderaan. Maknanya, setiap permohonan untuk menukar nama atau hak milik kenderaan mesti dipastikan bahawa pemilik lama dan baru mengecop cap jari.

Bagi peniaga macam kami memang menjadi kesukaran sedikit kerana nak cari pemilik asal motor terpakai memang tak dapat la.... apa penyelesaiannya? Cuba sama2 kita fikirkan, macammana caranya kalau motor terpakai yang dah lama stok di kedai nak dapatkan cap jari pemilik asal tu... fikir2kan....

Siapa yang bagi jawapan atau idea paling menarik, hadiah misteri menanti anda.... Sila komen kat bawah ye..

Tuesday 5 July 2011

Kemudahan Ansuran untuk motorsikal terpakai hanya di BKZ BiKERZ

Salam 1 Malaysia...

Pada pos kali ni kami sukacita untuk memaklumkan bahawa anda sebagai pelanggan boleh membeli motorsikal terpakai dengan pembiayaan ansuran sehingga maksima 3 tahun hanya di BKZ BiKERZ.

Pembiayaan ansuran untuk motorsikal terpakai amat jarang disediakan oleh peniaga-peniaga motorsikal di Malaysia ini. Dan kami amat berbangga dengan kemudahan yang disediakan syarikat ini untuk pelanggan-pelanggan yang dihormati. Inilah kelainan dalam perniagaan kami yang memberi kelebihan kepada anda sebagai pengguna.

Jika anda berminat untuk mendapatkan motorsikal terpakai secara ansuran, silalah bawa dokumen-dokumen seperti berikut ke kedai kami iaitu salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan slip gaji terkini. Ramai di antara pelanggan kami yang memohon kemudahan ini kebanyakannya ialah mereka yang baru bekerja. Dengan harga motorsikal RM2000, ansuran bulanannya hanyalah disekitar RM80 sahaja. Jadi, siapa kata anda tak mampu? Pasti mampu....

Kat bawah ni, kami letakkan gambar motor-motor terpakai yang terdapat di kedai kami buat masa kini. Antaranya:


Beberapa unit motorsikal Modenas Kriss daripada pelbagai model dan tahun....


Beberapa unit BKZ RR110 daripada pelbagai tahun.....


Yamaha Ego Auto Starter...


Honda EX5 4 stroke....

Dan lain-lain model lagi motorsikal terpakai terdapat di kedai kami... Kalau nak tahu kena la datang ke kedai kami atau telefon ye... Bye.

Wednesday 29 June 2011

Yamaha 125ZR...

Pening... pening.. ramai plak customer nak order motor ni. Untuk makluman semua, motor ni keluar kilang 250 unit sahaja untuk seluruh Malaysia. Yamaha supply 1 unit sahaja setiap bulan bagi setiap dealer. Esok sampai satu bijik tapi customer dah ada le... Ada 2 unit lagi yang sedang dinanti. Tak tau la bulan depan boleh sampai tak...

Sapa yang boleh bagi info kenape motor ni diminati ramai oleh pemuda-pemuda kita? Nak bagi orang belakang makan asap ke? Sesapa ada info boleh le komen kat bawah ye....



Saturday 25 June 2011

EX5 DREAM MOTOSIKAL TERLARIS DI MALAYSIA...

Honda EX5 Dream sememangnya merupakan motosikal terlaris di Malaysia. Boleh disaksikan di kedai kami contohnya, jika pembeli tu remaja lelaki yang baru pertama kali nak pakai motor... memang akan pilih EX5. Tak nampak dah model-model lain yang baru-baru tu. EX5 gak pilihannya.. Memang kuat aura motor ni.. Kenapa agaknya jadi macam tu? Siapa-siapa yang nak kongsi sebabnya bolehlah komen kat bawah..

Dalam 2 hari ni jugak kami menerima tempahan daripada pelanggan sebanyak 4 buah motorsikal Honda EX5 ni. Dua warna merah dan dua warna biru. InsyaAllah, esok atau lusa bolehlah register dan serahkan kepada pelanggan.

Sekarang ni keluar pulak macam-macam warna motor ni. Nampaknya Boon Siew Honda sememangnya berusaha untuk mengekalkan top ranking sales model ni. Antara warna terbaru ialah warna kuning emas. Launching plak secara besar-besaran dalam paper...

Tambah pulak faktor pembiaya motosikal yang terkenal iaitu Aeon Credit yang bermurah hati untuk menurunkan bayaran minima down payment daripada RM700 sebelum ini kepada RM550 sahaja. Ini semua akan merancakkan lagi jualan motor jenama ini.

Bagi anda, apa pilihan anda? Apa motor pun, call kami ye jika berhasrat untuk membeli sebuah... Bye..

Tuesday 21 June 2011

JUALKAN MOTORSIKAL TERSADAI ANDA KEPADA KAMI....

Salam...
Anda mempunyai motorsikal tersadai dirumah? Dah tak sempat nak baiki? Apa kata anda jualkan kepada kami... Kami sedia membeli motorsikal-motorsikal tersadai ini dengan harga yang berpatutan... At least, boleh la dapatkan duit buat belanja dapur.

Tapi ada syaratnya... apa syaratnya? Syaratnya ialah motorsikal tersebut mestilah mempunyai geran asal dan salinan kad pengenalan pemilik asal (nama atas geran). Boleh? Boleh la tu... Takkan nak jual yang dah jadi besi buruk kot...

Kalau ada, anda bawakkan kepada kami dan kami bayar dengan harga yang sebaiknya... Daripada buat semak kat laman rumah, baik jualkan kepada kami... Dapat gak RMnya... Oklah, apa-apa hal hubungi nombor kami sebagaimana tertera ye... Salam Bikerz...

Customer Terbaru - Yamaha FZ150i

Rasa betul-betul puas hari ni apabila dah berjaya menyerahkan motosikal customer iaitu Yamaha FZ150i. Nampak riak wajah customer yang puas apabila dapat memiliki motosikal idaman.

So, bagi para Bikerz-bikerz yang berada di luar sana... datang le ke kedai kami dan nyatakan apa model motor yang anda mau.. InsyaAllah kami boleh tunaikan. Cuma jangan le sampai superbike yang harga puluh2 ribu tu sebab kewangan kami belum tebal lagi. Kalau takat 250cc tu boleh le, InsyaAllah...

Oklah, jumpa di pos yang lain plak. Kami wujudkan blog ni sebagai kenang-kenangan antara kami dengan pelanggan kami. Bye.... sila komen ye jika ada kelapangan...

Sunday 19 June 2011

Salam Perkenalan...

Alhamdulillah syukur ke hadhirat Ilahi yang maha besar, perniagaan ini pejam-celik, pejam-celik dah hampir setengah tahun beroperasi. Kehadiran kami juga makin diterima oleh orang ramai. Dan yang penting, dah ramai yang alert dengan kehadiran perniagaan kami di Bandar Jerteh.

Mulai daripada tarikh ini, kami akan cuba poskan apa-apa info berkenaan dunia motorsikal dan bikerz.

Salam perkenalan daripada kami.